Do U Smell What The Rock Is Cooking?
Mukadimah

ShReK

Photo Page

Quotes

MuTiArA KaTa

XXL-FILES 

HoRoSkOp

Favorite Links

Slide Show

Guest Book Page

Custom3 Page


Pesanan Buat Semua Umat Manusia
Wahai Umat Manusia,

PERIHAL COBAAN DAN GODAAN DUNIA ;
"Dunia ini dijadikan oleh Allah untuk menguji umatNYA. Oleh itu jangan salahkan sesama kamu kerana wujudnya cobaan. Jangan salahkan Kerajaan kerana makin banyak gejala sosial, makin banyak pusat hiburan, makin banyak kes-kes murtad, makin banyak godaan...
Tiada guna semuanya diharamkan kerana ianya cuma akan melemahkan iman umatNYA. Ketahuilah bahawa umat yang kuat imannya TIDAK akan tunduk kepada segala cobaan dan godaan duniawi walaupun dikelilingi oleh syaitan dan iblis. Mereka yang takutkan itu semua nyata sekali lemah imannya...
Sedarlah bahawa COBAAN dan GODAAN duniawi ini tidak akan berkurangan bahkan Allah akan menambahnya berlipat kali ganda hingga ke hari kiamat. Oleh itu bersedialah..."

PERIHAL AGAMA YANG BENAR ;
"Ketahuilah semua manusia bahawa sesungguhnya Allah menjadikan manusia itu suci. Allah menjadikan semua agama di muka bumi ini suci. Allah menjadikan semua binatang di muka bumi ini suci. Allah menjadikan segala tumbuhan, hidupan, zarah di muka bumi ini suci...
Ketahuilah bahawa setiap agama yang diperturunkan itu suci. ISLAM itu suci. KRISTIAN itu suci. BUDHIST itu suci. HINDU itu suci. Bahkan KAFIR itu suci...
Manusia dilahirkan suci. Tidak kira dia dilahirkan beragama atau Kafir. Perbuatan dan jalan hidupnya akan menentukan dia berdosa, murtad atau haram...
Ajaran Pertama semua Agama itu adalah suci. Namun manusia yang menyebarkannya boleh menyebabkan ianya tidak suci. NABI itu manusia. BISHOP itu manusia. BUDHA itu manusia... Oleh itu berhati-hatilah dalam perjalanan kamu untuk mencari agama yang masih suci...
Agama yang benar dan suci itu TIDAK pernah memaksa umat memeluknya. Agama yang benar dan suci itu TIDAK pernah gentar dengan Agama yang tidak benar dan tidak suci. Agama yang benar dan suci itu TIDAK susah untuk dianuti. Agama yang benar dan suci itu TIDAK akan melaung seangkuh-angkuhnya menyatakan hanya ia sahajalah Agama yang direstui Allah pencipta alam semesta ini. Agama yang benar dan suci itu adalah Agama yang sesuai dengan HATI, NALURI dan KEHIDUPAN umatnya.
Agama yang benar tidak akan MUDAH dipesongkan. Agama yang benar tidak akan MUDAH dan tidak akan TAKUT umatnya murtad. Agama yang benar tidak perlu menyatakan ia adalah satu-satunya Agama yang direstui Allah semesta alam kerana umatnya akan sedar dan tahu sesungguhnya ia adalah Agama yang sebenar-benarnya.
Oleh itu wahai manusia carilah Agama yang suci dan benar. INGATLAH bahawa Agama yang SUCI dan BENAR itu adalah Agama yang sebati dengan HATI, NALURI dan KEHIDUPAN kamu sendiri. Agama itu SEBENAR-BENARNYA cuma PANDUAN untuk kamu hidup dengan SEJAHTERA di mukabumi ini demi menentukan tempatmu di AKHIRAT kelak..."

PERIHAL AGAMA YANG ANGKUH ;
"Kenapa kamu mahu Agama lain menghormatimu???...
Tidakkah di dalam Allah mu menyatakan sifat angkuh itu suatu yang dilarang.
Kenapa kamu perlu takut dengan Agama lain disebar di mukabumi ini termasuk negaramu. Kenapa kamu perlu berselindung di balik Perlembagaan Negaramu untuk melindungi Agamamu.
Ketahuilah bahawa Agama yang BENAR tidak takut dengan segala ancaman dan tidak perlukan perlindungan daripada Undang-Undang Duniawi.
Sedarlah bahawa kebebasan menganuti agama di Negaramu BUKAN ditetapkan oleh Perlembagaan Negaramu. Kebebasan itu sebenarnya dianugerahkan oleh Allah dan disedari oleh pemimpinmu yang menggubal Perlembagaan Negaramu pada waktu itu.
Dan ketahuilah bahawa Negaramu akan musnah jika KEBEBASAN BERAGAMA itu diabaikan. Tiada SATU pun Negara di dunia ini yang boleh hidup Aman dan Sejahtera tanpanya.
Oleh itu janganlah ANGKUH wahai manusia..."

PERIHAL UMAT YANG ANGKUH ;
"Sedarlah wahai hamba Allah...
Redakah keangkuhanmu...
Mana Engkau tahu Agamanu itu Satu-Satunya Agama yang direstui...
Pernahkah engkau melihat Allahmu...
Dari siapa engkau tahu hanya Agamamu yang direstui Allah...
Syabas kerana kamu dilahirkan beragama...
Hati, Naluri dan Kehidupanmu sudah sebati dengan Agamamu...
Namun janganlah engkau ANGKUH wahai manusia...
Agama lain juga ciptaan Allahmu...
Adakah Allahmu cuma menciptakan Agamamu sahaja...
Bagaimana jika engkau dahulu dilahirkan Islam...
Bagaimana jika engkau dahulu dilahirkan Kristian...
Bagaimana jika engkau dahulu dilahirkan Budhist...
Bagaimana jika engkau dahulu dilahirkan Hindu...
Bagaimana jika engkau dahulu dilahirkan Kafir...
Adakah engkau tetap seangkuh ini dan menyatakan Islam, Kristian, Budhist, Hindu dan Kafir itulah satu-satunya Agama yang direstui oleh ALLAH SEMESTA ALAM...
Oleh itu janganlah ANGKUH wahai manusia..."

PERIHAL UMAT YANG MENGUTUK SESAMA SAUDARANYA ;
"Sebarkanlah pesanan ini kepada semua umat manusia di mukabumi ini tidak kira apa Agamanya, tidak kira apa Bangsanya, tidak kira apa Keturunannya. Namun berhati-hati dan lihatlah sendiri bahawa sesungguhnya umat yang angkuh akan Agamanya akan mengutuk sesiapa sahaja yang cuba menyampaikan pesan Allah ini... Itukah agama yang direstui Allah Semesta Alam???..."

Eratkan hubungan suami isteri

Persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain adalah antara petua untuk mencapai rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Petua ini sering digunakan oelh pasanganyang lebih lama mendirikan ruahtangga hingga ke anak cucu. Suami atau isteri harus mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing. Berikut adalah beberapa tip untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Persefahaman dan saling bertolak ansur

Sikap saling memahami antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumahtangga. Suami atau isteri perlu mewujudkan persefahaman ini sebelum berumahtangga lagi. Tolak ansur dalam apa juga perkara amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah lain yang timbul.

Tanpa kedua-dua sikap ini, suami atau isteri akan menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi. Jika isteri mendapati suaminya mempunyai minat dan hobi seperti memancing dan melancong, isteri perlu belajar untuk memahami minat suami begitu juga sebaliknya.

Berterus terang dan bersikap terbuka

Berterus terang dengan pasangan perlu dalam kehidupan berumahtangga. Ia lebih baik jika disertai sikap terbuka pasangan.

Suami atau isteri yang mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu dengan pasangannya secara langsung boleh merenggangkan hubungan. Ini kerana sikap saling mencurigai akan wujud secara tidak disedari.

Namun begitu, tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutama perkara yang telah lepas bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Hargai pasangan anda

Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan. Misalnya suami perlu memberi pujian atas apa yang disediakan oleh isteri. Pujian yang diberikan terhadap masakan si isteri sekurang-kurangnya menggembirakan si isteri dan merasa dirinya dihargai. Begitu juga dengan pihak steri, biarpun suami tidak melakukan tugas memasak, membasuh dan sebagainya, pujian yang diberikan kerana membantu anda di dapur pada hujung minggu sekurang-kurangnya berasa mereka dihargai.

Perhatian yang adil kepada pasangan anda

Kadangkala suami atau isteri memerluakan perhatian lebih daripada pasangannya. Walau sesibuk mana pun anda dengan kerjaya atau tanggungjawab, luangkan sedikit masa terhadap pasangan anda. Meluangkan sedikit masa terutamanya pada hujung minggu dengan pasangan anda adalah lebih daripada anda menumpukan perhatian kepada kerja yang sememangnya tidak akan selesai.

Menghormati antara satu sama lain

Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya. Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri.

Menjadi penyokong atau penasihat kepada pasangan

Suami atau isteri adalah individu yang hampir kepada setiap pasangan. Jadikanlah suami atau isteri tempat untuk berkongsi pendapat.

Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan anda

Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka.

Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.

Saling mempercayai antara sau sama lain

Sikap saling mempercayai amat pnting dalam kehidupan berumahtangga. Tanpa sikap tersebut rasa ragu-ragu dan curiga antara satu sama lain akan timbul. Ini menyebabkan hubungan suami atau isteri menjadi dingin.

Anak sebagai pengiku kasih sayang

Anak juga merupakan factor yang boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Namun beitu, bagi psangan yang belum mempunyai anak, jangan berputus asa. Ini bukanlah bermakna anda tidak berupaya mewujukan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.

Menghormati antara satu sama lain

Walaupun hak dan kuasa adalah lebih kepada suami, suami juga perlu menerima pandangan yang diberikan oleh isteri. Sikap saling menerima pandangan secara langsung akan mewujudkan sikap hormat isteri terhadap pasangannya. Isteri juga akan berasa dirinya lebih dihormati biarpun kedudukan mereka hanya sebagai isteri.

Menjadi penyokong atau penasihat kepada pasangan

Suami atau isteri adalah individu yang hampir kepada setiap pasangan. Jadikanlah suami atau isteri tempat untuk berkongsi pendapat.

Menyesuaikan diri dengan rakan pasangan anda

Sekiranya anda diperkenalkan dengan rakan pasangan anda, seharusnya anda tahu menyesuaikan diri dengan mereka. Bagi anda yang mempunyai suami yang bertugas sebagai ketua kepada kakitangannya, sesuaikan diri sebagai isteri seorang ketua dengan kakitangan bawahan.

Others
SHREK what a movie... worth watching.. so do SAVING PRIVATE RYAN

Email Me!
rhyier@hotmail.com

Links to Other Sites
My Links